Sunday, 27 December 2015

4 CARA UNTUK MENCARI SIDE INCOME DENGAN KAMERA ANDA

Tahun depan dijangka ekonomi akan terus menjadi lebih mencabar. Dalam posting kali ini saya akan beri empat idea, cara untuk kita penggemar fotografi menggunakan hobi kita untuk mencari sedikit side income.

1) Fotografi Perkahwinan
Biasalah bila berbincang topik mencari duit dengan tangkap gambar, tangkap gambar perkahwinan memang perkara pertama yang kita fikir.

A photo posted by @adzrinm on

Sebenarnya fotografi perkahwinan ni sangat mencabar. Dalam genre ini kita perlu ada asas yang kuat dalam event photography, photojournalism, portraiture, fashion photography, macro, dan bermacam lagi. Memang genre fotografi perkahwinan ini memerlukan skill set yang luas dan kita mesti dapatkan shot terbaik tanpa gagal. Kalau terlepas momen akad nikah, takkan nak suruh pengantin akad lagi sekali kot? Kita semua hidup di negara iklim khatulistiwa yang panas dan yang waktu tengah hari ialah waktu paling panas sekali. Tetapi majoriti perkahwinan melayu akan diakan pada waktu ini. Berjemur terik matahari dan haba seperti oven di bawah kanopi adalah cabaran biasa buat jurugambar perkahwinan.

Fotografi perkahwinan walaupun selalu menjadi sasaran pencari 'easy money' namun ia jauh daripada 'easy'. Oleh itu jangan terjun terus ke bidang ini secara solo. Mula dengan merapatkan diri anda dengan jurugambar perkahwinan yang anda hormati. Ramai jurugambar perkahwinan memerlukan assistant untuk menangkap gambar dari 'second angle', ini adalah peluang terbaik untuk anda menjadi 'tagger' atau 'assistant' kepada mereka.

Kebanyakan photographer akan memberi upah sedikit kepada assistant atau tagger mereka, paling tidak pun belanja makan. Tetapi learning curve yang anda perolehi dengan memerhatikan cara mereka berkerja dan mendapat tunjuk ajar secara praktikal itu akan menjadikan anda pandai ambil gambar perkahwinan dengan cepat. Kalau go solo terlalu awal, jika anda menghadapi apa-apa masalah dan tidak mampu menyelesaikannya seorang diri, anda yang akan mendapat susah. So, kumpul ilmu dan pengalaman dahulu sebelum bergerak solo ok!

Nak mula bergerak solo tapi tak pasti nak letak harga macam mana? Harga ni isu sensitif, ramai akan beremosi membincangkan mengenai hal ini. Relax lah! Saya cuba bagi tips sikit.

Ambil kira upah bersih, kos pengangkutan, kos memproses gambar serta upah design dan kos printing jika ada.

Upah bersih anda boleh dikira melalui perkiraan per event (contohnya solemnization, reception, outdoor portraiture etc setiap satu dikira satu event). Kos pengangkutan itu harus dikira tambang bas, minyak, tol dan sebagainya. Kos memproses gambar pula termasuk kos membeli DVD atau pendrive untuk anda deliver gambar kepada client, serta upah editing, upah design dan kos elektrik komputer anda. Jangan lupa kos printing dan kos pengangkutan untuk ke kedai printing.

Jurugambar yang berpengalaman dan sudah ada portfolio yang kuat akan fokus kepada menjual pakej berserta album kerana gambar siap cetak sama ada dalam sticky album atau custom album, dua-dua gambar yang telah siap dicetak akan jauh lebih bermakna daripada gambar digital. Selain itu kita juga mendapat margin upah yang lebih kerana mengambil kira upah design album.

Relax. Hal meletakkan harga ini harus bergantung kepada diri anda sendiri kerana kos pengangkutan, keyakinan diri jurugambar, tahap kemampuan client semua berbeza mengikut keadaan. Ada situasi anda perlu melintas sempadan negeri, bayar tol banyak untuk ke lokasi. Ada situasi si pengantin mahukan sesi outdoor dengan lima persalinan baju berlainan tema yang memakan banyak masa untuk photoshoot. Semua ini harus diambil kira.

Dengan perkiraan kos yang betul, anda boleh mencari duit sampingan dan pada masa yang sama menguasai pelbagai genre fotografi melalui fotografi perkahwinan.


A photo posted by @adzrinm on


2) Gambar Produk
Tidak ramai yang terfikir genre fotografi produk untuk menjadi sumber income. Seperti fotografi perkahwinan, untuk berjaya dalam genre ini anda perlu menguasai pengetahuan lighting yang mencukupi kerana client akan hanya mengupah anda jika anda mampu mengambil gambar yang mereka tidak mampu untuk ambil.

Anda boleh mula dengan menangkap gambar produk yang ada di rumah anda. Contohnya botol kosmetik, barang dapur ataupun jam tangan. Luangkan masa untuk mendapatkan lighting yang berkualiti seperti diffused light dan tangkap gambar di atas background kertas A4 putih ataupun cermin kaca.

A photo posted by @adzrinm on

Dari segi pricing anda harus mengambil kira masa shoot kerana ada produk memerlukan banyak shots dan set up time. Ada produk memerlukan banyak output shots. Jadi ambil kira juga berapa output gambar dan kos anda, contohnya kos pengangkutan mengambil produk itu dari penjual untuk dibawa pulang untuk ditangkap gambar dan kos proses gambar dsb.

Sudah pasti di sekeliling anda ada peniaga online kecil-kecilan. Hubungi mereka dan tangkap gambar produk mereka.

Selling point anda sebagai jurugambar sudah tentu;

"Tarik perhatian lebih ramai pelanggan untuk membeli produk anda dengan gambar berkualiti tinggi"

Oleh itu, pengetahuan lighting dan portfolio anda haruslah kuat!

Anda harus menghubungi ramai peniaga online untuk mendapatkan job kerana tak ramai yang mempunyai budget besar untuk marketing. Jadi bila sudah berkeyakinan tinggi, mula menghubungi syarikat yang lebih besar untuk peluang yang lebih baik.

3) Fotografi Makanan
Ambil gambar makanan sama seperti ambil gambar produk di atas, dengan lighting yang cantik. Restoran akan memerlukan gambar anda untuk marketing seperti poster, banner atau juga menu. Untuk menambahkan lagi peluang untuk mendapatkan income yang lebih, ambil upah untuk design poster atau menu tersebut!

4) Stock Photography
Dalam keadaan ekonomi kita begini, mungkin ramai juga bakal client tempatan akan lebih berhati-hati dalam berbelanja. Tidak apa! Mari cari client antarabangsa dan cari duit dalam matawang dollar!
Stock photo ialah website yang memaparkan koleksi gambar-gambar yang boleh dibeli untuk memenuhi keperluan syarikat-syarikat yang memerlukan gambar untuk pelbagai tujuan kreatif mereka seperti pengiklanan dsb. Cara ini lebih disukai oleh syarikat dan agensi pengiklanan kerana ia melibatkan kos yang lebih rendah daripada mengupah jurugambar.

Jadi anda boleh upload apa-apa gambar yang anda rasa mempunyai market value dan jika ada orang ingin menggunakannya, anda akan dibayar yuran lesen penggunaan gambar anda itu.

Gambar yang boleh dijual termasuk gambar landskap yang tenang - senang untuk diletakkan teks diatas gambar, gambar landskap bandar dengan mercu tanda terkenal, gambar landskap alam semulajadi, gambar aktiviti manusia dan banyak lagi. Jangan lupa, gambar manusia/model harus ada 'model release form' untuk elakkan masalah undang-undang, kalau timbul apa-apa masalah.


A photo posted by @adzrinm on


Sebenarnya ada terlalu banyak cara untuk cari duit dan side income melalui fotografi menggunakan kamera kita. Kita cuma perlu cari jalan terbaik untuk kita mencari rezeki.

Harus diingat yang untuk memasuki dunia fotografi professional - 'profession' untuk gaji/upah - memerlukan ilmu pengetahuan yang cukup. Oleh itu pastikan anda melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan yang mencukupi dahulu sebelum memulakan perniagaan fotografi anda.

Semoga kita semua tabah menempuh segala dugaan tahun hadapan. May the force be with you.


Adzrin Mansor
photography blogger
apkins.blogspot.com
instagram.com/adzrinm

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...