Sunday, 20 December 2015

"ADA TAK PHOTOGRAPHER SHOOT PRE WEDDING RM200 KEBAWAH?"

Ada orang bertanya gi forum fotografi soalan berikut;

"salam,ada tak photografer yg buat pre wedding dalam harga RM200 kebawah?"

Waalaikumussalam saudara.

saya bukan professional photographer tetapi hanya seorang photography blogger. mohon izin saya selitkan gambar perkahwinan sepupu saya (saya tidak menerima apa-apa bayaran kerana hanya ambil gambar suka-suka sahaja)


mengikut nasihat yang dikeluarkan oleh persatuan MWPPM (Malay Wedding & Portrait Photographers Malaysia) harga lantai untuk shoot and burn, coverage 5 jam, ialah RM500. klik di sini untuk membaca dengan lebih lanjut.

ia termasuk:
- kos pengangkutan pergi dan balik ke lokasi event
- upah bersih untuk tenaga dan masa si photographer
- kos CD atau pendrive untuk product delivery (jika ada)
- kos elektrik dan upah post processing/editing (jika ada)

saya letakkan klausa 'jika ada' sebab ada yang photographer buat cara lain, dia deliver pada hari yang sama dengan bagi copy gambar dari kamera terus ke komputer client sebaik sahaja event habis. namun harga itu nasihat sahaja. ada yang masih meletakkan harga semurah RM300, harga sejak dulu. sejak sebelum kenaikan harga macam-macam barang. so margin upah untuk tenaga photographer pada harga tersebut pun sudah kira sangatlah sedikit.


dengan budget cuma RM200 saya tak pasti ada ke tidak jurugambar yang mampu menyahut cabaran itu. mungkin RM300 itu dah dikira paling sedikit. lagipun ramai ustaz tak galakkan buat sesi pre wedding sebab untuk menjaga ikhtilat antara lelaki dan wanita, walaupun dah nak kahwin, tapi masih belum kahwin.

boleh saya cadangkan skip sahaja pre wedding? dan tambah budget untuk upah photographer untuk merakam event akad nikah, dan semasa kenduri kahwin yang mungkin lebih penting. mintak pakej 'shoot and burn' iaitu pakej paling murah pun okey. 

tapi sedih juga kalau gambar itu biasanya akan kekal dalam pendrive atau komputer. kalau komputer rosak, habis hilang gambar tu.

gambar lagi bermakna kalau kita print. letak dalam sticky album pun dah cantik dah kalau nak buat custom album semua tu rasa mahal. ingat lagi kan feeling kita dengan keluarga susun gambar dalam family photo album? sama-sama susun sambil mengimbau memori lalu. bagi adik kecik potong-potong gambar, tampal sticker, buat family scrapbook ikut kreativiti mereka. best giler masa tu kan? buat begitu lagi bermakna daripada upload ratusan gambar ke facebook yang takde orang pun tengok semuanya.


tetapi kalau kekurangan budget tak apa. minta kawan-kawan ambilkan. mungkin tak secantik mengupah orang yang khusus untuk tangkap gambar, tapi yang penting mesti ada. bukan semua orang kahwin banyak kali. majoriti sekali sahaja seumur hidup. semoga memori itu dapat direkodkan, untuk sejarah diri sendiri. jangan jadi macam sejarah melayu. kita terlalu lemah dalam merekodkan sejarah sehingga kita terpaksa merujuk kepada catatan luar untuk belajar sejarah sendiri.

minta kawan ambilkan, simpan baik-baik. nanti bila dah ada budget, gambar tu semua kita sendiri hantar pergi print kat kedai printing atau kedai gambar. saiz gambar 4R (6 inci x 4 inci) glossy/photo paper ada tempat 50 sen sekeping sahaja. ada tempat lagi murah. kualiti tu kena try and error la. ada kedai guna mesin chemical based, ada kedai guna inkjet. try and error.

upah photographer ini bukan terhad kepada 'membeli' gambar sahaja. tetapi anda membayar usaha si jurugambar datang ke lokasi, masa dia berjauhan dari keluarga dia untuk berkhidmat untuk anda, usaha dia mempelajari teknik-teknik fotografi selama bertahun, dan juga untuk meringankan beban anda sebagai pengantin dari perlu fikir benda remeh macam kualiti printing yang saya sebutkan tadi dan stress perlu menangkap gambar momen yang penting di hari gembira anda.



perkahwinan ialah salah satu langkah yang besar untuk menjadi ketua - kepada keluarga dan juga orang sekeliling anda. jangan lupa untuk jadi ketua yang baik kepada 'pekerja' anda pada hari perkahwinan anda.

Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:”Berikanlah upah kepada pengambil upah (orang yang bekerja) sebelum kering peluhnya” (Hadis Riwayat Ibn Majah)

Dalam riwayat yang lain Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam pernah bersabda:“Tiga orang yang Aku musuhi pada hari kiamat nanti adalah orang yang telah memberi kerana Aku, lalu berkhianat. dan orang yang membeli barang pilihan lalu dia makan lebihan harganya. serta orang yang mengupah pekerja kemudian pekerja tersebut menunaikan akadnya sedangkan upahnya tidak diberikan” (Hadis Riwayat Bukhari)

Gambar majlis perkahwinan sepupu saya boleh dilihat secara penuh di sini.

Oleh kerana ada yang tidak bersetuju dengan kenyataan saya, saya ingin menambah yang kos untuk setiap photographer berbeza-beza. Kalau photographer itu tinggal di taman yang sama dengan anda, kuranglah kos dia untuk datang ke majlis. Maka boleh lebih murah. Tetapi saya tetap tidak bersetuju photographer baru masuk ke industri dan cas harga super murah untuk mendapatkan job. Hal ini saya akan panjangkan di posting yang lain. Stay tuned.

Semoga perkongsian ini membawa manfaat. Terima kasih.

Adzrin Mansor
photography blogger
apkins.blogspot.com

1 comment:

amira shah said...

Hi,

Saya berminat nak amik awk sbg juru gambar tuk majlis nikah saya. Pada 27 Ogos 2016 di Ampang Selangor.
Bajet saya dlm RM200 shj (ambil gambar tanpa burn ke DVD. Hanya 'softcopy' serah pada hari yg sama). Jika sudi sila whatapp or call 0132628002 mira

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...