Sunday, 6 December 2015

APA CANON PERLU BUAT UNTUK LAWAN DOMINASI SONY




Canon berjaya menarik ramai pengguna dari Nikon pada tahun 80-an sebab Canon buat teknologi letak focusing motor dalam lens. Means lens telephoto dengan lens elements yang besar ada motor yang kuat, lens prime dengan elements yang kecil boleh pakai motor yang kecil - setiap lens ada focusing motor yang spesifik untuk kegunaan lens tu. Berbanding Nikon dan Minolta yang guna motor dalam body dan gunakan screw-drive untuk gerakkan autofokus, lambat.

Pada tahun 90-an dan 00-an Canon terus mendominasi pasaran kamera DSLR kerana (pada pendapat saya) lineup mid range lenses yang optically bagus tapi harga mampu milik. Ya dia ada high end L lineup tapi pada masa yang sama, Canon tawarkan alternatif lens mid range yang meluaskan lagi target market mereka. Lagi ramai orang dengan berbagai tahap kemampuan, masih boleh beli lens jenama Canon.

high end - L lineup 'red-ring'
mid range - 'gold-ring'
entry level - 'silver ring' atau takde ring langsung.

Untuk focal length 50mm sahaja; 

yang super kaya boleh cari the super rare EF 50mm f/1.0 USM,
yang kaya beli EF 50mm f/1.2 USM,
yang kurang mampu boleh beli EF 50mm f/1.4 USM,
yang budget boleh beli EF 50mm f/1.8 STM,
yang super budget boleh cari EF 50mm f/1.8 II yang baru je discontinued.

ada lima pilihan pelbagai price range dari Canon sahaja!

Antara lens mid range 'gold-ring' yang disukai ramai ialah Canon 50mm f/1.4 USM, Canon 85mm f/1.8 USM, Canon 28mm f/1.8 USM, list ini tak terhad kepada prime. Zooms macam Canon 28-135mm f/3.5-5.6 IS USM, Canon 28-105mm f/3.5-4.5 II USM, Canon EF 100-300mm f/4.5-5.6 USM dan banyak lagi lah mid range lenses! Semuanya optically memanglah tak sehebat L lens tapi masih dikira bagus belaka dan mampu milik.

gold ring 

Canon marketing team harap kaji balik kenapa mereka berjaya dulu dan kekal dengan formula tu. Bagi saya formula tu adalah lens mampu milik yang saya katakan di atas ni lah. Saya harap Canon akan refresh lens lineup mereka sebab semua lens yang saya cakapkan ini semua optical design umur hampir sama dengan saya, dah 20 tahun lebih. Outdated.

Kalau Canon update lineup lens mereka, diharap mereka kekalkan lens mid range USM sebagai mid range lenses. STM lenses boleh dijadikan jadi entry level lenses sebab teknologi tu murah, ataupun video lenses sebab stepping motor sangat bagus dengan Dual Pixel AF kat Live View. Kalau Canon teringin nak buat teknologi sehabis baik, BR optics, nak letak IS, letak lah kat L lineup. Caj lah harga semahal mana nak kat L lineup, orang tak kisah punya. Just mid range USM dan STM mesti kekalkan mampu milik.

Since kita dah sebut pasal STM lenses,

Ramai kutuk Canon punya sensor technology dah ketinggalan zaman berbanding Sony. Sony memang berhabis duit R&D, pulun develop teknologi sensor dia. Mana taknya hebat. Sony pulak memang totally dominate mirrorless market dengan E mount cameras.

Sony E mount camera 

Kalau saya ada dalam marketing team Canon, saya akan buat strategi berkerjasama dengan Canon. If you can't fight your enemies, make friends with them.

1) Buat janji dengan Sony yang Canon takkan masuk ke arena mirrorless. Biar Sony dominate kamera mirrorless. hahaha! wait, there's a catch.

2) Macam Nikon buat, beli sensor Sony untuk kegunaan kebanyakan model DSLR Canon, tapi ada sesetengah 'specialty model' guna sensor develop sendiri oleh Canon. Kamera entry level dan mid range DSLR pakai je sensor Sony untuk jimat kos develop sensor. Fokus lebih kat features, size, weight dan fokus jual banyak volume. High end models je pakai sensor Canon sendiri. Cabaran kat APSC crop sebab Canon 1.6x crop. Takpe, cadangan ni boleh je diabaikan untuk APSC, full frame je ambik sensor Sony. Atau mintak Sony develop sensor saiz 1.6x crop untuk Canon.

3) Kelemahan Sony E-mount camera terutamanya full frame E-mount camera ialah AUTOFOCUS LENS CHOICE. Dia berhabis duit develop sensor, lens terlupa pulak. Sangat sedikit pilihan, dan yang ada mahal. Since Sony boleh bagi license kat Carl Zeiss untuk develop lens Batis, kenapa tak Canon mintak license untuk jadi third party lens maufacturer untuk Sony E-mount? Canon buat affordable STM lenses untuk full frame E-mount. Buat dari 17mm f/4, 24mm f/2.8, 35mm f/2.0, 50mm f/2.0, 85mm f/2.0, dan banyak lagi lens mampu milik dengan teknologi STM Canon. Sigma masih berdegil taknak buat lens untuk full frame E mount, market masih terbuka lagi untuk kau Canon. Kamon!

- idea 1-3 mungkin kontroversi, mau kena setel banyak lawsuits dari Sony hahaha. musuh pulak kan.

4) Tolak tepi semua pakcik-pakcik tua yang asyik nak protect sangat cinema lineup. Bawak teknologi cinema camera ke dalam body 7D atau 70D. Sebab semua cinema camera ni actually guna sensor super-35mm saiz sama APSC crop sensor, tapi high ISO performance macam full frame, video sharp gila-gila. Canon sudah ada teknologi, tapi degil taknak bawak ke EOS DSLR lineup. Teknologi yang saya maksudkan ialah processor DIGIC DV series, codec XF-AVC, canon log gamma dan segala macam tu. Saya nak buat dua model cinema DSLR. Satu fulfill demand 4K recording, tapi lagi satu fokus kepada affordable slow motion 240fps atau 480 fps di resolution 1080p. Tapi saya nak jugak jemput Magic Lantern devs sekali develop RAW video shooting. Officially tolong mereka yang banyak tolong Canon dalam arena DSLR video selama ini. SD Cards takkan mampu handle data rate semua ini, tapi saya ada idea rahsia yang mungkin boleh membantu jadikan ia realiti.

5) Macam dibincangkan di atas tadi, lens tu penting. Develop lens habis-habisan. Affordable video lenses, STM lenses. Mid range gold ring USM lenses jangan kasi IS la segala macam, keep it affordable. Orang masih suka Canon kerana pilihan lens. Jangan kamu rosakkan. Dan jangan lupa update lens selalu. Optical design dah tua sangat tu.


Canon sudah masuk petanda macam nak slow down. Takpe, saya ada banyak idea nak majukan Canon... Oleh itu, Canon silalah ambik saya berkerja dengan anda... Saya pun ada beberapa idea untuk majukan lagi Sony so, mana-mana pun boleh! hahaha!


Adzrin Mansor,
budak engineering yang bakal bergraduasi tak lama lagi
apkins.blogspot.com

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...