Friday, 25 December 2015

Apakah itu DSLT?

Ramai tahu maksud DSLR ialah Digital Single Lens Reflex.

Tapi tahukah anda maksud perkataan 'Reflex' dalam DSLR sebenarnya merujuk kepada apa?

Get your lab coats ready, we are going into nerd mode.

Reflex itu merujuk kepada action dimana light path atau imej dari lens, dipantulkan ke atas oleh mirror ke atas, ke arah pentaprism dan seterusnya ke optical viewfinder.

Bila Sony keluarkan DSLT seperti Sony A55, A58, A77, dan A99, Sony menggunakan terma yang betul memanggil mereka DSLT - T untuk Translucent, dan mereka menegaskan ia bukan DSLR.

Kamera jenis ini bukan lagi DSLR kerana preview gambar dilakukan dengan skrin kecil di dalam electronic viewfinder, yang ambil live-view dari image sensor. Tiada reflex disitu.

DSLR akan letakkan autofocus sensor module di bawah mirror box. Sebenarnya mirror DSLR tidaklah legap tetapi ada memberi cahaya masuk ke secondary mirror di belakang mirror utama. Tugasnya ialah memantulkan sedikit imej dari lens ke autofocus sensor module tadi. Apabila kita ingin mengambil gambar, seluruh mirror ini akan digerakkan ke atas, dan light path dari lens akan terus menuju ke sensor.

DSLT pula letakkan autofocus sensor module di bahagian atas translucent mirror. Kebanyakan cahaya akan lalu terus melalui translucent mirror tetapi ada sebahagian kecil cahaya dipantulkan keatas untuk autofocus sensor module.

Kelebihan DSLT?

1) DSLT boleh direka dengan body yang kecil sebab tak perlu mekanisme mirror box yang bergerak dan tiada prism, hanya guna skrin kecil untuk preview gambar.

2) Sebab mirror box tak bergerak, ia kurang memerlukan part mekanikal yang bergerak pantas untuk capai burst frame rate yang tinggi. Relax saja burst 12fps.

3) Ada orang suka sebab kita nampak imej dari sensor, dan nampak efek perubahan depth of field masa mengubah aperture, dan nampak efek perubahan exposure - senang cerita memang 100% nampak hasil gambar sebelum ambil lagi.

Kelemahan?

1) Sebab sensor sentiasa hidup semasa live-view DSLT makan bateri dengan kuat. Jangka hayat bateri DSLT high end tak jauh dari entry level DSLR dengan bateri yang kecil. DSLR is king of battery life!

2) Selain itu, masa burst, electronic viewfinder akan off sekejap - dipanggil viewfinder blackout - kerana semasa gambar itu diambil mechanical shutter akan menutupi sensor. Hal ini membuatkan semasa burst, kita susah untuk tengok subjek in real time dalam electronic viewfinder kerana ia akan tunjukkan gambar yang baru diambil, bukan di mana subjek in real time. Kena pandai main agak-agak lah.

Biasalah semua benda ada pro and cons.

Sebelum ini Sony agak agresif dalam mengumumkan kamera tanpa mirror E-mount, sehingga ramai risau Sony akan berhentikan terus DSLT dengan A-mount. Tapi baru-baru ini Sony keluarkan kamera Sony A68 yang mempunyai spesifikasi lebih kurang sama dengan A6000 tetapi ditambah teknologi DSLT dalam body A-mount.


Ada kemungkinan DSLT A68 akan mahal sedikit daripada mirrorless A6000 tapi dah tentu DSLT akan menang dari segi kepantasan sistem autofokus. Kalau korang, lagi prefer mirrorless atau DSLT lagi baik?

Adzrin Mansor
photography blogger
apkins.blogspot.com

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...