Monday, 7 December 2015

CARA PHASE DETECTION AUTOFOCUS BERFUNGSI


Macam mana Phase Detection AF berfungsi?

Perasan tak mata manusia ada dua biji sebelah-menyebelah? Cuba korang tutup sebelah mata guna tangan. Lepas tu capai sesuatu objek di hadapan anda. Buka dua-dua mata, capai objek tu lagi.

Mesti susah nak agak jarak antara tangan dengan objek tu bila sebelah mata je kan?

Mata kiri dan mata kanan nampak objek tersebut dari angle yang sedikit berbeza. Otak kita pandai kira berapa offset dua-dua input ini dan dari situ dia kira berapa jarak antara kita dengan objek tersebut. Macam trigonometri.

Kalau korang pernah guna SLR filem, dia akan ada split prism macam dalam gambar ini. Kat tengah viewfinder ada bulatan dengan dua imej yang magnified di tengah. Dia pecahkan imej dari lens kepada dua angle berbeza dan kalau kita align imej tu, subjek itu sudah in focus.

Macam rangefinder Leica, dia gunakan mirror kecil yang pantulkan satu overlay kecil dalam imej di optical viewfinder. Kalau kita bagi dua-dua imej tu overlap, itu bermakna subjek sudah in focus. Principle ini juga.

AF sensor dalam modern DSLR berfungsi dengan principle yang sama. Tapi, teknologi tu hanya sensitive kepada vertical detail macam buku tu. Kalau subjek itu hanya ada lines horizontal, susah. So engineer zaman moden buat 'cross type AF points' yang boleh detect dua-dua arah. Itu saya masih belum dapat decode macam mana diorang buat.

Sistem ni pantas, tapi ada dua kelemahan. Boleh berlaku front/back focus bila calibration lari dan ia tak berfungsi dengan baik apabila tak cukup cahaya.

Macam gambar nombor 4 bawah kanan, apabila terlalu sedikit cahaya masuk ke dalam lens, split prism jadi gelap hitam legam. Sebab tak cukup cahaya. Inilah punca kenapa sesetengah kamera tak boleh autofocus dengan baik guna teleconverter yang jadikan effective aperture lens kita f/8 keatas.

Haih, siapa kenal engineer buat kamera Canon Nikon Sony? Nak ajak dia minum kopi kat mamak sikit nak berguru sama dia. Banyak mau tanya ni. Hahaha.

Adzrin Mansor,
budak engineering minat fotografi
apkins.blogspot.com

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...