Saturday, 5 December 2015

PROFESSIONAL BUKAN TAHAP SKILL

PROFESSIONAL BUKAN TAHAP SKILL
ada yang ingat kita semua bermula sebagai amateur, nanti bila dah cukup skill akan jadi professional untuk pulang balik modal beli kamera.
1) pada saya, ada dua jalan berbeza seorang photographer boleh ambil. dia boleh jadi hobbyist atau jadi professional. saya selalu guna perkataan hobbyist daripada amateur sebab ia bebas dari misconception tahap skill. sebab memang takde kaitan dengan tahap skill.
2) hobbyist keluarkan duit beli kamera, kerana hobi dan minat. biasanya orang lakukan sesuatu hobi kerana nak buat sesuatu yang lain dari rutin harian dia. Isnin sampai jumaat dia duduk depan komputer menaip laporan dan surat-menyurat di pejabat. so hujung minggu dia bawak kamera keluar tangkap gambar. hobi ni kita buat benda yang kita suka untuk keluar dari buat benda sama je setiap hari, untuk mengurangkan stress, kerana minat. tak semestinya mesti ada pulangan. - btw kalau kerja fotografi pun akan ada masa stress gila, kena cari hobi baru lepas tu, macam kumpul setem ke. jangan gelak ini serius.
3) professional ni melakukan sesuatu sebagai profession, tak ada kaitan dengan skill level. dia bukan hujung jalan hobbyist baru ada professional. bukan. dia adalah satu jalan yang berbeza. nak masuk jalan hobbyist atau nak masuk jalan professional. ada je photographer yang dah punyai berpuluh tahun pengalaman tapi masih ambil gambar kerana minat, kerana suka, dia masih dipanggil hobbyist. - saya ada je kenal photographer umur boleh kata pangkat ayah kita dah lah. travel sana sini shoot secara hobi. gambar cantik gila. masuk pertandingan, menang, dapat duit.
4) profession fotografi ini menjual servis mengambil gambar dan produk ia ialah hasil gambar. sama macam jual makanan. semua orang boleh masak. tapi yang dijualnya servis memasak yang datang sekali dengan produk makanan tu. ada orang buat kuih, tapi buat kat rumah bagi keluarga makan - itu hobbyist. ada orang pandai buat kuih, tapi buka gerai jual kepada orang ramai, itu professional.
5) sebab apa professional selalu dikaitkan dengan tahap skill yang tinggi? setiap kali kita shoot, kita praktis dan belajar benda baru. memang itu cara untuk belajar fotografi. bayangkan budak baru angkat kamera, terus tag along, assist photographer lain, terus mulakan perniagaan fotografi ikut jalan professional. masih pro. si professional baru, yang tahap skill rendah ni, shoot hari-hari, tak henti, banyak benda dia belajar. cukup enam bulan terus pandai. kalau hobbyist tu, kamera keluar dry box sebulan sekali, itu yang belajar pun jadi lambat.
6) siapa kata photographer tahap skill rendah tak boleh dikira professional? siapa kata bad photography tak boleh jual? kalau dia buat marketing gila-gila, social media presence dia kuat, dia boleh reach ramai orang. ramai client yang tak punyai banyak masa nak mencari photographer yang tahap skill tinggi tapi lemah marketing. client gini akan ambik je terus siapa yang dia jumpa. so, jangan takut lah kalau gambar korang belum tahap Jose Villa ke Emily Soto ke untuk mulakan perniagaan.
7) kalau rasa mahu, go for it. kemahuan lagi penting dari kebolehan. kalau ada kemahuan yang kuat, kebolehan slowly akan ikut sekali. macam saya cakapkan di atas. hari-hari praktis, in no time jadi pandai. trust me.
Adzrin Mansor
hobbyist photography blogger
apkins.blogspot.com

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...