Tuesday, 8 December 2015

SHUTTER COUNT SAMPAI 'LIMIT' 100K?

SHUTTER COUNT SAMPAI LIMIT 100K?


Kita selalu nampak seller kamera akan tanya atau bercakap pasal shutter count. Group atau forum fotografi takkan sah kalau takde soalan;

"macam mana nak check shutter count kamera saya?"

Apa benda shutter count ni? Kenapa semua orang panik pasal shutter count ni?


Dalam gambar ini ialah focal plane shutter mechanism yang mengawal durasi kemasukan cahaya ke sensor kamera kita - shutter speed. Dia ada 'curtains' yang bergerak untuk buka dan tutup. Satu cycle pergerakan dipanggil actuation. Setiap satu kali ambil gambar, satu cycle dia bergerak, bermakna kita dah guna satu actuation.

Kebanyakan syarikat pembuat kamera akan test ketahanan module shutter mechanism buatan dia. Selepas testing, dia bagi guarantee yang mechanism ini boleh berfungsi tanpa perlu servis untuk berapa kali actuations.

Pay attention kepada perkataan 'tanpa perlu servis' tu. By the way ia cuma guarantee, atau disebut 'rated' so itu macam janji biasa sahaja, bukan warranty yang kalau rosak dia ganti ke apa. Lain kamera lain shutter count rating dia. Ini beberapa contoh rating dia.

Canon 6D - 100,000 actuations.
Canon 5D Mark II - 100,000 actuations
Canon 1DX - 300,000 actuations
Sony A7R II - 300,000 actuations

Kebanyakan kamera akan 'rated' kat 100,000 actuations.

Ok, apa jadi kalau dah capai 'limit' 100,000?

Penggunaan perkataan 'limit' disini agak salah. Kerana selepas mencapai 100,000 actuations pun kamera akan terus berfungsi macam biasa. Cuma risiko untuk mechanism failure itu je naik tinggi sikit.

Macam enjin kereta lah. Kalau kita drive lama-lama tanpa hantar servis, dah tentu kereta tu boleh je bergerak, tapi risiko untuk kerosakan berlaku, enjin mati tersadai tepi jalan, itu lebih tinggi daripada kereta yang diservis mengikut jadual. Sebenarnya engine failure boleh berlaku bila-bila masa sahaja pun. Baru keluar kilang pun kalau ada cela sikit, rosak.

Kalau dah sampai 100,000 actuations takde masalah nak guna kalau rasa nak guna lagi. Saya pernah baca ada pengguna Canon 5D Mark II dilaporkan capai sampai 8 juta shutter actuations baru mechanism failure dan perlu diservis. Baru nama pushing your limits haha.

Jadi shutter count 100,000 bukan limit ok. Just pastikan dalam important jobs korang ada secondary camera kalau ada apa-apa berlaku kat kamera utama. Semua professionals akan ready dua kamera pun walaupun dua-dua brand new. Just in case.

Kan keyword tadi, manufacturer janji mechanism ni takkan rosak tanpa perlu servis sampai 100,000 actuations. Kalau tak mahu risiko menunggu failure berlaku, hantar servis pun boleh. Kamera full frame seperti 5D Mark II yang dijual pada harga sekitar RM3500 used, kalau hantar servis tukar shutter mechanism baru, boleh guna tanpa risau balik. Kos biasanya cuma RM700-800, bukan RM3500 macam beli kamera lagi satu.

Dalam dunia membeli dan menjual kamera terpakai, shutter count cuma unit untuk menilai tahap/durasi gunaan sesuatu kamera. Kalau shutter count tinggi, maka ia petanda tahap guna tinggi dan susut nilai harganya haruslah tinggi. Tengok harga di kedai, sc 80k mestilah murah sikit dari sc 20k kan? Ada je orang nak beli kamera sc 80k sebab nak murah.

Berbaloi kah beli kamera dengan shutter count 100k? Dah faham kelebihan harga dan risiko kamera sc tinggi kan? I dont know. Its a risk that you would have to decide for yourself. Kalau berani, dapat tawaran harga murah, ada yang kata, why not?

Mirrorless takde shutter count?


Haish kebanyakan kamera mirrorless sensor besar APSC crop atau full frame masih guna focal plane shutter macam DSLR juga so diorang pun ada shutter count. Geng compact camera, smartphone, pakai electronic shutter yang electronically tutup sensor dan jugak compact camera yang guna leaf shutter macam Sony RX1R dan Fujifilm X100T tak perlu ambil tahu langsung pasal shutter count ni. Mirrorless lain, ada shutter count sebab pakai focal plane shutter.


Bila perlu check shutter count?

Masa nak jual kamera sebagai petanda tahap kegunaan je. Situasi lain tak perlu. Abaikan. Keep calm and take pictures.


Macam mana nak check shutter count?

Nikon - Kebanyakan kamera Nikon simpan shutter actuation data dalam EXIF files. Guna program macam EXIF viewer macam EXIFTool, Opanda IExif dan macam-macam lagi boleh dicari di internets.

Sony - Sama macan Nikon, Sony simpan shutter count data dalam EXIF. Upload gambar JPEG yang diambil straight out of camera ke website Sony Alpha shutter count tool ni, nanti dia akan beritahu shutter count.


Canon - Canon ni jahat sikit dia macam tak bagi orang check shutter count. Kadang-kadang boleh dapatkan info shutter count guna EOS info. Cuba lah.



Semoga kita semua tidak lagi terlalu paranoid dengan shutter count, dan jangan lupa share artikel ni kat facebook, twitter or anything! Saya nak pahala banyak-banyak sebarkan ilmu hehe. ;-p


Adzrin Mansor
photography blogger
apkins.blogspot.com

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...